Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 khususnya pada waktu Hari Raya Aidilfitri meskipun suatu yang perit buat kebanyakan rakyat, namun ia demi keselamatan.
Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ini kerana kes jangkitan COVID-19 kini bersifat sporadik dan bertebaran tanpa sebarang kluster.
Sekiranya ini dibiarkan, angka jangkitan sedia ada akan melonjak berkali ganda.